Wednesday, August 6, 2008

KEKESALAN BUATKU

Air mata berlinangan
Tiba-tiba ingatan kembali
Kenangan dahulu bersamamu
Gelak tawa dan gurau senda

Aku sedar semuanya
Tidak akan berulang kembali
Apa yang termampu
Hanya doa kebahagiaanmu

Chorus:
Bantu aku melupakanmu
Perasaan yang menghancurkan
Hati dan perasaanku
Terluka terhiris sepanjang waktu

Aku benci akan dirimu
Permainkan hati suciku
Aku merasakan sesuatu
Kekesalan di dalam kalbu

Kekesalan buatku

Kesunyian menemani diri
Setiap saat mahupun detik
Aku berharap suatu nanti
Bertemu insan menyayangi dirimu

Sunday, June 29, 2008

NADA-NADA CINTA

Opening:
Nada-nada cinta, berikan kepada yang memerlukannya
Kasih dan sayangmu, itu yang kuharapkan kepada dirimu

Saat ku melihat dirimu
Hatiku terasa sayu
Adakah ini namanya cinta, ataukah hanya gurauan sahaja

Ku beranikan mendekatimu
Namun lidahku kelu
Tapi ku rasa, engkau adalah tercipta untukku

Bridge:
Jikalau memang benar, berikanlah bukti yang menyinar
Adakah memang benar pilihanku, ataukah hanya gurauan sahaja

Chorus:
Nada-nada cinta, berikan kepada yang memerlukannya
Kau tercipta untukku, ku mohon jangan kau hampakan diriku
Intan dan permata, dikau bagaikan puteri dalam hatiku
Kasih dan sayangku, itu yang kuharapkan kepada dirimu
Untuk hati ini

Sunday, April 13, 2008

MAAF UNTUK PUTERI

Walau mentari pagi menyinari diri ini
Namun ku tak terasa
Kaulah satu-satunya yang menghias hidupku ini
Dan kini kau telah hilang

Chorus:
Oh kasihku maafkanlah diriku
Kembalilah ke dalam hidupku ini
Sayangku jangan tinggalkan daku
Janjiku tak akan ulangi

Ku rindu kisah lama antara kau dengan aku
Yang kini telah musnah
Tiada penggantimu yang hidup dalam hati ini
Walau satu dunia

Pintaku pada dirimu
Kembalilah kepadaku
Oh puteri hatiku ini

Maafkanlah diriku ini

JANGAN SEBUT NAMAKU LAGI

Tiada pernah aku menduga
Kau kembali kepadaku
Apakah ini satu petanda, kau masih merinduiku

Tiada yang harus kulakukan
'tuk menerima dirimu
Kerana ku tak mahu cerita lama kita kembali
Ooo...


Kau pernah melupakan diriku
Tika ku mengingatimu
Kini kau kembali kepadaku
Saat ku telah melupakan dirimu

Chorus:
Jangan kau sebut namaku lagi
Kerana kita sudah tak sehati
Untuk apa kita kenang kisah silam kita
Biarkan aku hidup sendiri
Tanpa bayanganmu lagi
Pergilah kau, tinggalkan diriku dan jangan sebut namaku

Biarkan hitam menjadi putih
Namun takkan pernah berubah
Kerana hitam adalah hitam
Dan putih itulah putih
Ooo...

Pergilah jauh dari hidupku
Jangan tambah deritaku
Lupakanlah kisah silam di antara kita
Jangan sekali-kali menyesal
Kerana pertemuan ini
Relakanlah, itu semua adalah rahsia dari Ilahi (2x)